Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Esei Panglima Tentera Darat 2024 dan Artikel Sorotan Darat telah diadakan bersempena Perbarisan Hari Tentera Darat ke-92 di Dewan Dato’ Jamil Ahmad, Kem Perdana Sg Besi pada 1 Mac 2025.
Seramai 21 Pegawai dan Anggota dari pelbagai Formasi Pemerintahan Tentera Darat telah terpilih sebagai pemenang bagi kedua-dua pertandingan dan menerima hadiah berupa Plak, Wang Tunai dan Sijil Penyertaan yang disampaikan oleh Jen Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat. Turut mengiringi Panglima Tentera Darat semasa penyampaian hadiah ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Ketua Staf Tentera Darat.
Secara kolektifnya, pelaksanaan Pertandingan Esei Panglima Tentera Darat dan Artikel Sorotan Darat turut menyumbang kepada peningkatan tahap intelektual dan profesionalisme di kalangan Pegawai dan Anggota Tentera Darat melalui penghasilan bahan bacaan ketenteraan dan akademik yang berkualiti.