KPP memperincikan rancangan untuk membangunkan Angkatan Tentera Malaysia sebagai angkatan masa hadapan yang mempunyai lima ciri utama iaitu kebersamaan, kebolehoperasian, berasaskan teknologi, keupayaan untuk beroperasi serentak dalam dua wilayah dan berorientasikan misi. Angkatan masa hadapan yang berpostur defensif ini adalah bersifat bersepadu, tangkas dan berfokus serta mampu bertindak balas terhadap semua ancaman kepada pertahanan negara. Usaha ini seterusnya diperkukuhkan dengan penglibatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan rakyat bagi menjamin keutuhan dalaman negara.