Pelancaran Laman Web E Library Tentera Darat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri’ Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan pada 11 Mei 2024 bertempat di Hangar, Pusat Latihan Asas (PUSASDA). Acara pelancaran tersebut berlangsung semasa Majlis Jamuan Makan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 199/23. Turut menghadiri majlis ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Staf Tentera Darat, Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota TD.

Laman Web ini dibangunkan sebagai kemudahan untuk Pegawai dan Anggota TD mengakses  kandungan digital menerusi internet. Kandungan digital yang terdapat dalam laman web ini terdiri dari Doktrin Primer, Manual ATM dan TD, Esei PTD dan Sorotan Darat serta Rujukan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Pegawai TD. Untuk akses yang menyeluruh, pengguna perlu mendaftar dengan mengisi dan memajukan borang pendaftaran yang disediakan secara atas talian. 

Pembangunan Laman Web E Library Tentera Darat ini secara tidak langsung adalah sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung PTD ke 30 iaitu Sumber Manusia yang mana kesan dari pembacaan Manual Doktrin serta pemahaman teori dan praktikal akan dapat meningkatkan kualiti pelaksanaan tugas di kalangan Pegawai dan Anggota TD.