Rangka Tindakan (Blueprint) Pendigitalan Tentera Darat 2025-2040 dibangunkan sebagai salah satu navigasi ICT TD bagi mencapai transformasi digital sehingga tahun 2040. Pelan Pendigitalan TD berlandaskan Army4NextG, Strategi Domain Daratan (SD2) dan Direktif PTD seiring dengan aspirasi Angkatan Masa Hadapan. Manual ini bertujuan merangka strategi untuk memperkukuh keupayaan operasi, latihan, logistik dan pentadbiran melalui pendekatan berasaskan teknologi maklumat. 5 teras utama Pendigitalan Tentera Darat 2040 ialah transfomasi bersepadu infostruktur ICT, pemerkasaan keupayaan infrastruktur ICT, pengoptimuman perkhidmatan ICT, ekosistem digital berteraskan AI dan berpandukan keselamatan siber serta pembudayaan dan pembangunan modal insan digital.